Parti Pribumi Bersatu Malaysia ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا | |
---|---|
Nama Bahasa Inggeris | Malaysian United Indigenous Party |
Nama Bahasa Cina | 土著团结党 |
Nama Bahasa Tamil | மலேசிய ஐக்கிய மக்கள் கட்சி |
Singkatan | BERSATU |
Presiden | Muhyiddin Yassin |
Timbalan Presiden | Hamzah Zainuddin |
Pengasas | |
Diasaskan | 8 September 2016[1] |
Didaftarkan | 14 Januari 2017[2] |
Disahkan | 14 Januari 2017[3] |
Pecahan | 1.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 2.Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
Didahului oleh | Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia |
Ibu pejabat | Tingkat 8, Menara Yayasan Selangor, 18A Persiaran Barat, 46200, Petaling Jaya, Petaling, Selangor, Malaysia |
Akhbar | MY BERSATU [4] Tidak rasmi: MalaysiaNow |
Badan pemikir | Institut Masa Depan Malaysia |
Sayap belia | Armada Bersatu |
Sayap wanita | Srikandi Bersatu |
Sayap Belia Wanita | Srikandi Muda Bersatu |
Keanggotaan (2024) | 600,667 |
Ideologi | |
Agama | Islam |
Penggabungan kebangsaan | Pakatan Harapan (2016-2020) [5] Perikatan Nasional (sejak 23 Februari 2020) |
Penggabungan serantau | Gabungan Rakyat Sabah (12 September 2020 - 10 Disember 2022) |
Penggabungan antarabangsa | Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan |
Warna | Merah, Putih |
Slogan | Bersatu, Beramanah, Bermaruah [6] |
Lagu parti | Perjuangan Kita |
Dewan Negara | 1 / 70 |
Dewan Rakyat | 31 / 222 |
Dewan Undangan Negeri | 59 / 607 |
Menteri Besar dan Ketua Menteri | 0 / 13 |
Majlis Tempatan Perundangan Daerah | 0,000 / 1,311 |
Simbol pilihan raya | |
Negeri selain Kelantan dan Terengganu Di Kelantan dan Terengganu | |
Laman sesawang | |
Parti Pribumi Bersatu Malaysia |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Parti Pribumi Bersatu Malaysia, juga disingkatkan sebagai BERSATU atau kadangkala ditulis sebagai PPBM, ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Parti PPBM telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 14 Januari 2017 oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan Logo PPBM telah dibenar-pakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sehari selepas kelulusan pendaftaran parti tersebut. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah salah satu komponen utama (major component) dalam Perikatan Nasional (PN). Sebelum parti politik ini diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS), parti ini dikenali sebagai Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia atau United Indigenous Association of Malaysia.
BERSATU bersama-sama Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku sambil disokong Ahli Parlimen BEBAS membentuk kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan pada Mac 2020 lalu sebelum penyertaan Gabungan Rakyat Sabah pada bulan September tahun yang sama. BERSATU juga mengetuai Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Sabah dan menjadi sebahagian daripada ahli dalam pentadbiran kerajaan bagi Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Kedah. Manakala Kerajaan Negeri Perlis, Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan.
Ketika BERSATU dalam kerajaan Pakatan Harapan, ia dipimpin oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan ketika itu (kini beliau telah menjadi Pengasas serta Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air sejak 8 Julai 2021).
BERSATU dahulu pernah menjadi salah sebuah parti dalam gabungan parti kerajaan Pakatan Harapan. Ia juga merupakan parti yang memimpin dalam gabungan parti pemerintah Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Johor dan parti dalam gabungan parti kerajaan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Sabah. Ia juga merupakan parti pembangkang dalam Kerajaan Negeri Kelantan ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 lalu.
Pada pemilihan kepimpinan PPBM 2024 akan datang, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai penting kepada arah tuju parti, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin akan bertanding dalam pertembungan tiga penjuru, dengan bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin, dan bekas menteri kanan Mohamed Azmin Ali.
Muhyiddin: Sila muat turun aplikasi rasmi MyBERSATU seperti yang tertera di bahagian paling bawah laman web rasmi Parti BERSATU MalaysiaCS1 maint: unrecognized language (link)